Thursday, June 3, 2010

Mari Bersama2 Bantu Ibu Daanya Hana..

salam semua..

I ada kawan di facebook yang kehilangan anaknya. Anak dia dilarikan oleh suami.. i harap dia dan suami dapat menyelesaikan secara baik. Insyallah, mudah-mudahan demi anak mereka.

ini face book dia:
http://www.facebook.com/home.php?#/p...?id=1051093486

I copy dan pastekan keluhan seorang kawan facebook dia:

Courtesy of Wan Shamsul Amly


Sahabat media dan semua yang mengenali diri ini.Saya tersentuh apabila mendengar cerita seorang sahabat baik, Farah Shamsuddin (anda semua boleh type nama ini di FB), yang `kehilangan' anak perempuannya, Daanya Hana, akibat `dirampas' seorang lelaki yang masih bernama suami (mereka kini dalam proses penceraian).

Bayangkan seorang anak berusia setahun lima bulan yang masih menyusu ibu `terpisah' kerana perbuatan lelaki bernama Lenardi Amnisar Yuliawiratman (gambar dilampirkan). Kisahnya dipaparkan Harian Metro hari ini (18/01/10) namun ada beberapa fakta salah di sana. Lelaki itu bukan merindui anaknya tetapi `merampas' kasih sayang seorang ibu dan anak.

Lelaki ini tidak pernah memberi kasih sayang seorang ayah malah menjadi beban kepada seorang isteri dan anaknya yang masih mentah.

Kasihanilah sahabat saya, kasihanilah kehidupannya, kasihanilah anaknya, terpisah daripada ibunya...

Apa agaknya nasibnya malam ini tanpa belaian ibu yang setiap malam menidurkannya...

Saya paparkan wajah lelaki ini untuk semua. Sebarkan sedaya mampu anda. Bantu saya membantu seorang sahabat menemukan kembali anaknya...

Jasa anda benar-benar saya harapkan, ibunya kini benar-benar buntu dan bermandi air mata selepas `kehilangan' anaknya, saya pohon bantuan kawan-kawan media untuk mencari bayi ini, saya rayu tenaga kawan-kawan untuk menyebarkan berita ini dan mencari semula bayi ini.

Ini tanggungjawab semua, kita temukan semula ibu dan anaknya, kita bawa balik kebahagiaan dalam hidup mereka, kita `ajar' si suami ini.

Sanggupkah anda melihat kasih sayang seorang ibu terputus akibat perbuatan suami yang kurang rasional?

Saya bersedia menjawab setiap pertanyaan yang mungkin anda perlukan, kita lancarkan misi mencari Daanya Hana, tolonglah sahabat saya, tolonglah...

2 comments:

fazilzura said...

salam kenalan ..

sebak dada ku tatkala baca entry ni ..

hope ibu pd kanak2 ni banyakkan berdoa moge2 di permudahkan & di tunjukan jln tuk ambik kembali anak nye tu .. huhuhuhu

LyDia DeLia said...

salam kenalan fazilzura..

mmg sebak sgt wakk..cuba kalau kita berada kat tmpat die, boleh ke kita bersabar cmne die bersabar skang ni?? nak tggl kjp pon dah meraung..ni kan pulak dilarikan..uwaa!!