Friday, April 6, 2012

Senarai persediaan sebelum, semasa dan selepas bersalin. ( nota tuk diri sendiri juga..hehe..)

Dibawah ini adalah barang dan perkara yang perlu di ambil berat sebelum, ketika dan selepas bersalin. Sesuai untuk pengetahuan ibu yang baru lahirkan anak pertama. Barang-barang yang diperlukan oleh baby:


  1. Baju (butang depan..senang nak pakaikan pada baby)-yang mahal 2 @ 3 helai je..yang murah banyak untuk pakai kat umah…baju nipis untuk waktu tengahari juga penting terutama kalau berada di tempat yang panas
  2. Diapers - beli yang saiz new born saiz S sebab sesuai utk baby baru lahir.
  3. Pelapik getah utk tukar lampin. beli pelapik yang ringan..senang nak angkat.
  4. Kelambu baby untuk elak dari nyamuk.
  5. Besen mandi baby.
  6. Tilam baby - kena ada sekurangnya 2-1 yang tebal dan bagus kalau dibuat dari kekabu.baby selesa..1 yang ringan..senang nak bawa g mana2..Bantal baby jangan tinggi sangat
  7. Wet tissue - penting untuk lap najis baby waktu malam..sebab malas nak bangun basuh..
  8. Botol spray air untuk kegunaan ketika mencuci poopoo baby.
  9. Tisu kotak.
  10. Barut baby – elak kembung perut
  11. Bedung Baby
  12. Booties & mittens baby - penting sebab kuku baby panjang takut baby mencakar muka sendiri. booties untuk elakkan angin.
  13. Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu
  14. Kain selimut baby 
  15. Jemuran jenis bulat - senang sidai pakaian yang sudah dibasuh
  16. Botol susu kecik. beli putting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y…n short neck…(puting pendek) untuk menyimpan stok susu badan.
  17. Pencuci botol susu jangan guna sabun basuh pinggan. ada sabun khas.
  18. Sabun wangi badan yang buku untuk basuh pakaian baby. sabun basuh keras untuk baby. guna sabun mandi until baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi dan rendam2 sahaja.
  19. Cotton bud baby
  20. Ball Cotton untuk cuci pusat baby dsb
  21. Minyak Telon utk sapu pada perut baby
  22. Toiletries 
  23. Apa-apa yang difikirkan perlu
Untuk mak baby:
  1. Pad (bergantung pada keselesaan) selalunya saya gunakan kotex overnight. 
  2. Water Hilter - dalam pantang tak boleh mandi air sejuk.
  3. Khidmat mengurut.
  4. Batu tungku
  5. Kain batik & t-shirt cotton
  6. Stokin’
  7. Produk kesihatan semasa dalam pantang (Banyak di pasaran sekarang)
  8. Krim/minyak angin untuk buang angin.
  9. Jelly gamat/Pati gamat/pil gamat - utk cpat sembuh luka
  10. Ikan haruan-buat sup-letak halia n lada hitam
  11. Manjakani - rebus n minum airnya untuk kecutkan peranakan.
  12. Nursing Bra untuk menyusukan bayi.
  13. Bengkung - utk kempiskan balik perut
Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:
  1. Kad mengandung, IC, GL
  2. Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan & kaki baby, selimut
  3. Diapers baby
  4. Lampin sekurangnya 2 helai
  5. Kain tuala
  6. Wet tissue utk mencuci poopoo baby.
  7. Tisu kotak
  8. Air selusuh or mineral water
  9. Pad
  10. Baju persalinan ibu, kain sarung sekurangnya 2 helai
  11. Selipar Jepun
  12. Sapu tangan baby
  13. Termos dan mineral water
  14. Cawan, pinggan dan sudu.
  15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu.
  16. Wet bag / Plastik untuk baju basahan.
  17. Stokin ibu
  18. Bantal baby 
Jangan lupa mandi wiladah selepas bersalin. tanya ustazah mandi wiladah n nifas itu apa. Jaga tempat jahit elok2 n keringkan. duduk betul2..tanya orang tua duduk mcm mana lepas bersalin.
Semuanya dengan izin Allah…susah bersalin…sakit dia Allah je yang tahu..tapi kuatkan semangat…kita sedang menyabung nyawa untuk lahirkan hamba Allah yang soleh atau solehah…Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakan sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya…Banyak2 baca doa mohon pada Allah. Insyaallah..

9 comments:

eima said...

baba wiladah tua ku tak dak ilmu .... tak penah buat .... wlupun cam ingat2 lupa ustazah penah ckp dulu...alahai .... TQ good info next baby akan aku ingat

LyDia DeLia said...

hehehe eima..lydia pon kena flashback balik ni..dh 4 taun tak berbaby..anyway, welcome dear..sharing is caring kann..hehehe..

Ummi Raid said...

Harap dapat dikongsi bersama. Kebiasaannya tiada dalam senarai persiapan bersalin iaitu pengurusan Uri. Semak --> Set Pengurusan Uri Ummi raid.
http://ummiraid.blogspot.com/

Seri Armourezs said...

tankz d info...kandungan dah 5 bln tak trfikir g nk wat persiapan...huhuhuhu~

Lydia Ahmad said...

Seri, dah boleh buat persiapan skit2 dah tu..lydia dlu start buat persiapan masa preggy 6month..kalau brg dalam list nampak depan mata kt mna2 kedai, mmg rembat je terus..tak larat nak mencari..huhu..

Seri Armourezs said...

kembali lagi...alhamdulillah sy dah slmat bersalin...bb daris pun da semakin sihat n byk ragam...tankz bg nasihat suh wat persiapan hr tuh....hehehhe tankz a lots ya...

Tuan Kalsum Tuan Ismail said...

Boleh ambil checklist ni utk persediaan nnt :)

terima kasih :)


Set Bersalin Shaklee Best!!

Lydia Ahmad said...

congrats seri!! ure most welcome.. :)

Little Aflah said...

dear minta izin utk share dlm blog...sgt2 mbantu...