.
Sudah lama sebenarnya nak cerita pasal diri saya. tapi tak terbuka hati lagi. Tapi, hari ini tiada rahsia lagi. saya akan cerita pasal diri saya secara berperingkat-peringkat. Almaklum la... umur dah 30 tahun.. mana mungkin muat dalam 1 entry kan... entry 'my story' ini khas buat kawan-kawan dan follower yang kenal saya tapi tidak tahu siapa saya sebenarnya. Saya mulakan dengan kepakaran saya dahulu ye..
Kepakaran saya adalah menyelesaikan masalah ibu mengandung, ibu menyusu dan bayi dalam mendapatkan barang keperluan tanpa perlu keluar dari rumah. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Hanya pilih, taip dan klik sahaja, barang akan sampai didepan pintu rumah. Juga membantu ibu-ibu tetap menyusukan bayi dengan yakin dan selesa walaupon berada di tempat awam dengan kaedah memakai 'breastfeed cover' yang dijahit oleh saya sendiri.
Kisahnya bermula apabila dahulu saya bermasalah bilamana bayi saya memerlukan susu ditempat awam yang tiada bilik khas untuk menyusu, saya terpaksa menggunakan tandas awam untuk beri susu kepada bayi saya. Dengan keadaan tandas awam yang busuk dan kotor sama sekali tidak selesa, stress dan tidak fokus.
Dari saat itu lah, saya bernekad untuk mencipta 'breastfeed cover' yang saya beri nama 'Nursing Made Easy Nursing Cover' mengikut keselesaan saya dan ingin berkongsi dengan semua ibu-ibu yang saya tahu, semua ibu-ibu yang menyusu bayi sepenuh masa mempunyai masalah yang sama dengan saya. Tak terkecuali ibu-ibu bekerja yang setiap kali mahu memerah susu, setiap kali itu lah kena berkejar ke tandas atau bilik khas. Kadang-kadang terganggu waktu bekerja ketika keadaan tengah sibuk dan bila ibu mula stress, proses susu badan pon mulai terganggu. Saya sudah alaminya satu ketika dahulu...
Kini, saya mempunyai 3 orang anak. Walaupon saya gagal memberikan susu kepada anak pertama saya sehingga umur 2 tahun, (maafkan ibu mu, wahai anakku, Firman Daniel.. :( ), tapi dengan nekad dan tawakkal, saya berjaya menyusukan anak kedua saya sehingga 2 tahun. Dan anak ketiga saya yang sekarang sudah berumur setahun empat bulan juga masih menyusu badan dan akan berterusan sehingga 2 tahun juga.. Tiada lagi masalah dan tiada lagi alasan utk menyusukan bayi walau dimana kita berada...Insyaallah.. Amin.. Saya doakan semoga Allah permudahkan ibu-ibu diluar sana untuk menyusukan bayi mereka. :)
Firman ALLAH didalam al-quran surah al-baqarah ayat 233 yg bermaksud "para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yg ingin menyempurnakan penyusuan".
Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Amiiiinnn!
p/s : part seterusnya saya akan ceritakan kenapa terbukanya hati saya nak bercerita tentang diri saya.. :)
5 comments:
Alhamdulillah. Sangat bagus penulisan anda.
Anda kaya dan berjaya!
Terima kasih che hishamuddin!
terharu dengan komen che..
saya doakan che kaya dan berjaya dunia akhirat.. anda jutawan industri!! :)
Salam Lydia. Lama kita tak bersua di arena blog.
Tidak rama sebenarnya, yang buat bisnes sebegini. All the best...!
Waalaikumsalam aziezah..
kann..lydia pon dah lama tak blogwalking..lepas ni nak aktif blk..rindu kat kwn2 blogger.. :(
keep in touch k.. tq sbb support selama ni.. :)
Post a Comment